Contributed RM111,000 to the Tabung Harapan Malaysia.
Petikan dari keratan akhbar MalaysiaKini : Syarikat jualan langsung kesihatan, Mc Ocean Holding Sdn Bhd hari ini menyumbangkan RM111,000 kepada Tabung Harapan Malaysia.
Sumbangan itu disampaikan pengasas syarikat Datuk Seri Pearson Chia Tian Chai kepada Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok, di ibu pejabat syarikat itu di Kuala Lumpur. “Inisiatif ini bagus kerana kita mahu budaya di mana orang ramai boleh memberi dan menyumbang dan bukan hanya meminta daripada kerajaan. Negara akan lebih kukuh dan perpaduan akan lebih utuh jika kita semua memainkan peranan ini,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan itu.
For more details please visit below link:
https://m.malaysiakini.com